Thursday, April 16

sederhana dalam pergaulan

salam....


Berkawan dan bergaul amat digalakkan,kerana dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan melahirkan sifat bantu membantu,tetapi berlebihan dalam pergaulan tidaklah digalakan kerana boleh menimbulkan 'penyakit' dan permusuhan

sikap berpada dan sederhana amat digalakkan,supaya keseronokkan merwarnai pergaulan itu tidak hilang,disamping itu,wajar juga setiap muslim memerlihara adab,antaranya ialah:


mengelak pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti bercerita keburukan orang lain,mengadu domba,fitnah dan mengata.
sentiasa saling hormat mengormati antara satu sama lain
memerlihara maruah diri,sama dari segi tutur kata ,pakaian dan sikap.
elakkan bergaul dengan orang jahat
hindari pergaulan yang membawa kepada maksiat.
tidak berbual perkara yang tidak berfaedah dengan kawan.





Justeru itu,sikap berhati-hati dalam memilih kawandan tempat pergaulan amat penting.tersilap langkah,akan mengudang binasa,ketahuilah,dalam pergaulan ada empat jenis manusia:

jenis makanan yang berkhasiat
-kalangan cerdik pandai(ulama)yang membawa keuntungan dunia akhirat.
jenis ubat
-mereka diperlukan untuk melancarakan urusan mata pencarian seperti ahli perniagaan
dan profesional dalam bidang sosio ekonomi

jenis penyakit
-mereka yang tidak membawa keuntungan,bahkab kerugian dunia dan akhirat.
jenis racun
-mereka yang suka memandai-mandai(bidaah),menghalang sunnah,menyeru kepada kesesatan dan maksiat

No comments:

Post a Comment